BERAT MENUNAIKAN SOLAT
Kenapa dan Mengapa Berat Menunaikan Solat. Rata-rata umat Islam mengetahui bahawa sembahyang atau solat lima waktu itu hukumnya wajib. Yakni, jikalau dibuat, dapat pahala dan kalau ditinggalkan berdosa. Berdosa itu pula akan dihukum dengan seksa Neraka. Semua umat Islam rasanya sudah maklum apakah dia seksa Neraka itu. Api yang membakar sampai ke hati. Minumannya ialah leburan logam yang menggelegak yang tidak terhingga panasnya. Makanannya ialah buah yang berduri. Seksa Neraka tersangatlah pedih. Ia adalah sehina-hina tempat untuk kembali. Rata-rata juga umat Islam tahu bahawa sembahyang itu tiang agama. Siapa yang mendirikan sembahyang, dia sebenarnya telah mendirikan agama. Siapa yang meruntuhkan sembahyang, dia telah meruntuhkan agama. Mereka juga tahu, yang membezakan di antara orang kafir dan orang Islam itu ialah sembahyang. Barang siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, nyata dia telah kufur. Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat. Kalau sem...