BIDA'AH DHALAALAH YG DIHARAMKAM
Sekali Lagi Katanya Tahlil, Doa ramai2 selepas solat, Yasin dibaca ramai2 Dan Sambut Maulud Nabi Itu Bida'ah Dhalaalah Yang Diharamkan Kerana Nabi Saw Tidak Mengerjakannya ! Sesuatu yg tidak dikerjakan Nabi Saw itu bukan menjadi sebab diharamkannya merintis atau memulai perbuatan2 baik yg ada sandarannya dari Kitabullah dan Sabda Rasulullah Saw ! Bukankah Allah SWT telah berfirman: "APA YG DIBERIKAN RASULULLAH KEPADAMU MAKA TERIMALAH DIA DAN APA YG DILARANGNYA BAGIMU MAKA TINGGALKANLAH.." (QS. Al Hasyr ayat 7) Jadi yang diharamkan oleh Agama itu adalah yang dilarang Nabi Saw, bukan yg tidak dikerjakan Nabi Saw. Mengumpulkan Qur'an tidak pernah dilakukan Nabi Saw, tetapi Khalifah Abu Bakar melakukannya kerana dianggap perkara baru yg baik. Begitu pula solat terawih berjamaah yg tidak ada perintah dari Nabi Saw dan Nabi Saw melakukan solat terawih sendiri dikamarnya. Tetapi Umar Al Khathab memerintahkan kaum muslimin untuk melakukan solat terawih berjamaah, da...